1) Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya  menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur  dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebuT
  (2) Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka  tapi kita akan terus memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu  lama hinggakan kita tidak nampak dan hiraukan pintu yang telahpun  dibukakan untuk kita.
  (3) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di  dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian  berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang  paling hebat yang pernah dialami.
  (4) Memang benar yang kita tidak akan  tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan  juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah  'ia' datang.
   (5)  Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang  mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.  Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia  tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. 
  (6)  Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,  satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai  seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan  seseorang. 
  (7)  Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.  Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang  membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum  senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan  hati anda tersenyum. 
(8)  Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan  seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya  dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke  mana-mana  yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya  memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara  yang ingin anda lakukan.  
(9)  Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri  anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,  kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan  dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
   (10)  Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya  menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 
  (11) Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki  segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam  hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.  kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang  terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya  mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh  Hidup mereka.
   (12)  Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan  tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu  yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna  sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
   (13)  Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,  andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan  menangis. 
  (14) Jika ingin lakukan sesuatu pada orang lain... berfikirlah dan letakkan diri anda  di situasi mereka .. pasti anda akan rasa apa yang akan mereka rasa walau hanya  kesannya 35%.. dan anda akan pasti memahami perasaan mereka..........


0 comments:
Post a Comment