in the name of life

nukilan terhadap hidup, yang entah bila akan dijemput oleh maha pencipta

18 April 2010

pintu-pintu kebahagian manusia.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Aku tertarik dengan ayat ini, seperti manusia biasa...... kita akan terasa kehilangan.... walaupun pintu tu telah tertutup rapat serapat-rapatnya..... tapi kita still jugak mengharap...... mengharap akan terbuka pintu itu sekali lg untuk kita......walaupun kita tahu...... pintu tu tak akan terbuka untuk kita.... untuk sekian kalinya...... untuk kali keduanya..... mahupun untuk kali ketiga......... walaupun seluas lautan pengharapan kita......... walaupun setinggi gunung harapan kita untuk pintu itu terbuka........

Sehingga kita dibutakan oleh pintu yang terbuka...... pintu kebahagian lain yang terbuka..... yang akan memberi sinar kebahagian.... sinar yang dicari2 oleh kita........ mungkin kita telah dibutakan oleh pintu-pintu sebelumnya..... pintu-pintu yang kita sedang mengharap.... jangan disebabkan pintu-pintu yang telah tertutup rapat, kita lupa......... kita tidak sedar bahawa..... ada pintu-pintu kebahagian lain yang terbuka........

Jangan disebabkan terlalu lama mengharap......... terlalu lama memandang pintu yang telah tertutup....... pintu kebahagian yang baru terbuka akan turut serta tertutup oleh kealpaan kita...... tertutup oleh pengharapan kita terhadap pintu yang sebelumnya...... so fikir-fikirkanlah sebelum pintu kebahagian yang baru terbuka akan tertutup seperti sebelumnya..... seperti pintu-pintu yang kita mengharap untuk terbuka.......


0 comments:

Post a Comment