in the name of life

nukilan terhadap hidup, yang entah bila akan dijemput oleh maha pencipta

31 March 2010

AIR MATA MALAM PERTAMA


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang
berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan
rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal
bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar
butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa
yang dibacakanlelaki itu."Ana dah jadi isteri!" Bisik sepupuku sewaktu aku
menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah
melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami.
Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami
nanti." Doaku perlahan.Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku
sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku
tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku
bina nanti. "Mampukah aku memikul tanggungjawab ini
nanti?" Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.

Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak
dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur
tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di
hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu.
Aku berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang
buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian
begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku."Sayang....!" Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin
emas bertatahkan zamrud kejari manisku. "Abang...!" Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
"Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan
abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hatiabang.." Bisikku
perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina
keluarga yang bahagia." Janjinya padaku. Itulah kali pertama
aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain
daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat.Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.Ramai
juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka
mengucapkantahniah buat kami berdua.
Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya,kawan-kawan sejak dari universiti
lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang
yang segak.Berbajumelayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju
pengantin putih.Kami dah berpakat begitu.Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia
kurniakanpadaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku
jalan ketuhanan.Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak
kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia
bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering
berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan
dengan Ana."Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu

"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan
dengan Ana."Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu
petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku,membiarkan ayah yang memulakan bicaranya."Apa dia ayah, mak?
Macam penting je." Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
" Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihakAna."
"Apa!!!" Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benarterkejut.
Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalamusia begini.
Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu
terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorangisteri."Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?!"
Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang
membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang dengankuterlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakalmencorakkan masa depanku."Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami
membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akanmengatakan bahawa Ana masih belum bersedia.Sampai bilakah Anaakan berterusan begitu?" Ayah mengemukakan alasannya bertindakdemikian."Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anakkesayangan kami akan mendapat seorang suami yang bolehmelindungi dan membimbing Ana."Ujar mak setelah sekian lamamembisu."Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anakgadisnyaberterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami?Kami bukannak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulahtanggungjawaborang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anakgadisnya." Terang ayah lagi."Ana......!" Seru ayah setelah diamelihat aku mendiamkan diri, menahan rasa."Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah
untuk kebaikanAna sebabkami terlalu sayangkan Ana.""Ini cincinnya, pakailah."
Makmeletakkan satu kotak kecil berbaldu dihadapanku.
Perasaankuberbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi.Apa yang patut
aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetujudengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telahmembiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan.Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hatikedua-dua orang tuaku itu.Orang tua yang telah banyak berjasadalam hidupku. Tanpa mereka berdua,aku takkan hadir danmustahil untuk melihat dunia ini.
"Ahhhhgggg........" Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yangmanakah
patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapanmak dan
ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak
dan ayah.Aku terlalutakut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku
nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku
dari lamunan.
Dah masuk
waktu maghrib rupanya.Masih banyak lagi barang-
barang yang
belumdikemaskan.
Penat juga nak kemaskan semua ni." Nanti kite kemas
lepas ni.
Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.Adik-adik
sibuk
bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah
selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah
adalah satu
agenda yang tidak boleh dilupakan.Semua orang
telah siap sedia
menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik
air. Aku
cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf
bersama emak,
kakak dan adik.Selesai je iqamah, ayah memberikan
penghormatan
kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan
serba salah
dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke
arahku.. Aku hanya
mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi
permintaan ayah
itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat
takbir.Menjadi imam
solat maghrib kami pada malam itu.Betapa hatiku
tenang sekali
menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan
merdu itu
membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu.
Mungkin tepat
pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi
fasih.
Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan
kami salah jika
kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau
bebankan kami dengan bebanan yang berat
sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu daripada
kami.
Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada
kami apa-apa
yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan
kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat
kepada kami."
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada
isteri dan suami
serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya
mata buat
kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-
orang yang
muttaqin." Dia membaca doa dengan khusyuk
memohon kepada Tuhan
setelah selesai solat.

Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil
menghulurkan
tangan.
"Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu
mencium
tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku
sebagai tanda
kasih yang tulus."Sayang tak ada apa-apa salah
dengan abang."
Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke
halaman
rumah."Abang nak kemana tu?" Soalku."Nak
kemaskan
barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."
Jawabnya."Dah la
tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi." Aku
kesian
melihatnya, keletihan."Betul kata Ana tu Zul. Sambung
esok
sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar
perbualan kami.
Emak pun mengangguk menyetujui sarananku
itu."Takpelah ayah,
Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih
berkeras
sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk
mengemas beberapa
peralatan yang masih lagi berada di bawah
khemah.Aku menukar
pakaian, kemudian keluar membantu suamiku
mengemas
barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik
tanpa
menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah
dikemasnya.
Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap
meja." Bila Ana
turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang
mengelap
meja."Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai
tak sedar
Ana datang"." Maafkan abang sayang." Dia
menghampiriku."
Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk
pinggangku
erat.Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng
sebagai tanda
aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil
menghadiahkan satu ciuman di pipiku."Ish...abang ni!
Nanti
dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu.
Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.."
Apa nak
malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya
tersenyum." Tau
la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita
berdua
saja,lebih dari cium pun Ana bagi". " Betul ni?" Soal
suamiku
cepat-cepat."Ish...gatal la abang ni!" Dia cuba
mengelak dari
menjadi mangsa cubitan tanganku.
Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama
kali dalam
hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih
sayang
seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak
pernah
terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di
universiti dulu.
Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas
perkahwinan.
Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di
hatiku. Aku
takut aku tidak mampu untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai
seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk
menjadi
seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup
suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu
mengejutkan aku dari
lamunan.
Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman
di halaman
rumah setelah
selesai mengemas barang-barang." Abang ni, terkejut
Ana tau!"
Aku buat-buat merajuk.Saja nak menduga bagaimana
suamiku
memujuk."Alaa.......sayang ni.macam tu pun nak
marah." Usiknya
sambil mencubit pipiku." Nampak gayanya
terpaksalah abang
tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni
sebab isteri
abang dah merajuk. Kesian kat abang yea.....!" Aku
mula
tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga
suamiku
buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang....!" Seru suamiku sambil merangkul
tubuhku." Sayang
nak honeymoon kemana?"Tak terfikir pulak akau
pasal honeymoon
tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan
pasal tu."Ana
ikut aje kemana abang nak bawa."
"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang
nak ikut ke?"
Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan
nak beli set
bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku
pecah
ketawa."Nanti sayang nak berapa orang anak?"
Soalnya lagi
setelah ketawanya reda."Abang nak berapa?" Soalku
kembali
tanpa menjawab soalannya."Abang nak sebanyak
mungkin. Larat ke
sayang nanti?"
"Ish.....abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?"
Sekali
lagi suamiku ketawa.
Nampaknya dia adalah orang yang mudah
ketawa."Takdelah macam
tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang
ramai..Sama banyak
lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."
Penjelasanku itu membuatkan suamiku tersenyum
gembira. " Ni
yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi
kucupan mesra
singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai
suami yang
baik dan
penyayang. Aku rasa dilindungi." Zul, Ana! Jom kita
makan
dulu!" Suara mak memanggil."Mari bang! Ana pun
dah lapar ni."
Ajakku sambil memimpin tangannya.Kami bangun
beriringan masuk
ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan
malam.Rasa
lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu
dan
buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok
sangat dengan
kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira
dianugerahi seorang
suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal
pertunanganku.
Terlalu
sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan
lelaki yang
tidak pernah
kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh
diambil
mudah.
Kehidupan yang memerlukan persefahaman
sepanjang hidup. Tanpa
persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan
dua hati
boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami
isteri.
Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah
tangga yang hanya mampu betahan buat seketika
atau separuh
jalan sahaja.
Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul
badai.. Berselerak
dan
bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak..
Anak-anak
akan jadi
mangsa keadaan.
"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh
hatiku? Mampukah
aku
menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat
suamiku itu?
Bahagiakah aku
bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi
persoalan
menerjah
benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan
keadaan ini.
Bukan aku tak
fikir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum
bersedia untuk
melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan.
Tunjukkanlah
aku jalan
penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku
sendirian dalam
menentukan
masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak
orang
tuaku dan
persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka
berilah
aku redha
dalam menerimanya wahai Tuhan.

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri
yang
menghiasinya.
Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki
yang bergelar
suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku
menyerahkan
khidmatku pada
seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula
bertandang
dalam
sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui
keindahan
malam pertama
ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku
bertambah gusar.
Dari tadi
lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara
perlahan. Aku
pasti, itu
adalah suamiku.Dia masuk, kemudian menutup pintu
bilik kami
dengan perlahan.
Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
"Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak
gembirakah bersama
abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh
suamiku
tatkala ketakutan di
malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri
tak tahu apa
jawapan
yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?"
"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat
bagi
menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang
akan bantu dan
tolong sayang.
Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas
sebagai
isteri abang.
Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana
akan
mengecewakan
abang.Ana takut....." Aku tidak sempat untuk
meneruskan
kata-kataku kerana
suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda
tidak
membenarkan
aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku
memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang
seadanya.
Abang terima
segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada
sayang. Usahlah
sayang
risaukan pasal itu. Ok sayang!" Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya
terhadapku.
"Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa
macam
melekit." Aku
bangun membuka almari pakaian dan mencapai
sehelai tuala serta
kain
pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih
sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku
sebelum berlalu ke
bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat
tanpa
bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah,
membasahi bumi yang
sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai
ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku
sewaktu kami
sedang
berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang
sedang menyulam
tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling
sesama
sendiri.
"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan
kepastian. Mungkin
mereka
tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
"Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka
memberikan perhatian
kepada
apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah
kubuat
setelah berfikir
baik dan buruknya. Keputusan yang bakal
menentukan masa depan
arah
perjalanan hidupku.
"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan
jodoh yang
ayah dan
emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu
meluahkannya.
Ada sedikit titis
jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung
jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah
ertinya
pelukan emak
itu.Pelukan gembira oleh kerana aku menerima
pilihan mereka
atau pelukan
untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk
dan sedih ini?
Hanya emak
yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah
padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat
senyuman di bibir
ayah dan
emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.
Tapi adalah
terlebih baik
bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan
hati orang tua
ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil
tersenyum
kerana
keputusanku memihak kepada mereka.
"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari
perkahwinan tu
aje." Aku
rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul
aku sudah
tidak punyai
pilihan lain selain daripada menerima walaupun
dengan terpaksa
lelaki
pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku
tidak mahu
pertemuan
sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku
berbelah bagi
dengan
keputusan yang telah aku buat.
"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana
berkenalan
dahulu
dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak
dengan menerima
pilihan
ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak
memenuhi permintaan
dan kehendak
Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam
keadaan
tercengang dengan
permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan
pakaian
persalinan buat
suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari
bilik air.
Aku sendiri
telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti
suamiku itu
dengan
penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.
Dia keluar
sambil tersenyum
ke arahku."Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas
air.
Dahagalah." Pintanya
sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di
tangan.
"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil
bangun untuk
ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya
telah
dipadamkan.
Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi."Patutlah." Bisik
hatiku.
Aku meneruskan
langkahku ke dapur dalam samar-samar cahaya bilik
yang masih
lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku
capai sebiji
gelas.
Aku membawa kedua-duanya menuju ke
bilik.Suasana malam agak
sunyi.
Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat
luar sana
kadang-kadang
langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat
memancar. Malam
yang pekat bakal
mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan
suamiku sedang
khusyuk
berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa
kutahu
butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas
meja menanti
suamiku
selesai berdoa. Kemudian dia bangun
menghampiriku. Aku
menghulurkan
gelas air kepadanya.
"Bang......." Seruku.
"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku
tersipu-sipu
kearahnya.
"Malam ni abang nak.......nak....." Agak segan untuk
kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya.
"Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Ah....abang ni." Aku malu sendirian apabila melihat
suamiku
seolah-olah
dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh
tak?"
Bisiknya ketelingaku.
Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda
bersedia untuk
melayani
segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk
mempersiapkan
diri sebagai
seorang isteri yang mampu menyediakan dan
memenuhi segala
keperluan
dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik
suamiku.
"Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia."
Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya
bertemankan seorang
lelaki yang
telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku
ke dalam
tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai
seorang isteri,
aku mesti
sentiasa patuh kepada segala arahan dan
suruhannya selagi mana
ia tidak
bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama
seorang
lelaki yang
telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading
dan suamiku
itu adalah
peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut
sekehendak hatinya.
Aku telah
membaca beberapa buah buku tentang alam
perkahwinan,
rumahtangga dan
tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima
pilihan emak
dan abah
terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya
selagi aku
termampu
untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik
bagi
suamiku. Aku ingin
suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi
permaisuri yang
bertahta di
hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan
kamu
apabila kamu
melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu
perintah dan
memelihara
dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda:
"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah
rumahtangga suaminya
dan
akan ditanyakan hal urusan itu."

Rasulullah bersabda:
"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik
di
antara segala
yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita
yang beranak,
besar
cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap
keluarganya, patuh
terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga
diri
terhadap lelaki
lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya,
dan apabila

bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya
kepada
kehendak
suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu
bukanlah
sesuatu yang
boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-
mainkan. Ia
adalah suatu
ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan
persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai,
tolong
-menolong, kasih
mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu
semua, mana
bisa dua
jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu
mengharungi sebuah
kehidupan
yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia
amat mustahil
sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri
sebelum memasuki
gerbang
perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu
kekeluargaan, ilmu
keibu bapaan,
psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba
untuk
menghampirinya
selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk
menghadapinya. Jangan
kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan
sama tentang

tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti.
Tanggungjawab
sebagai seorang
suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang
bapa
ataupun ibu.
Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan
tanggungjawab dan

tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang
pertanggungjawaban itu. Sama
ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.
Kerana
tanggungjawab itu
adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap
orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku
tersedar dari
tidur
istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata,
aku lihat
suamiku sedang
bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut
dadanya menahan
batuk. Aku bingkas
bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan
keadaannya. Aku mula
risau,
takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit
tertentu
yang tidak
aku ketahui.
"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot." Jelasnya.
Mungkin
juga. Hawa
dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis
selepas
mencurah
lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang
menunggu kita
untuk
berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum
merenungku dengan
pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku
menyorot
memerhati
seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan
terus ke
bilik air
untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk
dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi
suamiku
menolak
dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat..
Namun ayah
masih berkeras,
maka terpaksalah dia menjadi imam.Kesian aku
melihatnya.
Bacaannya tidak
selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa
berhenti atau
mengulanginya
kerana asyik batuk-batuk sahaja.Aku mula risau lagi
dengan
keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa
dengan perlahan
tapi masih
boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat
muka
suamiku agak
kepucatan."Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu
bersalaman
dengannya.
"Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah.
"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab
cuaca kot."
Jawabnya.
"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk
mak.
"Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur
untuk mengambil
ubat
dalam rak ubat.
Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di
rumahku.
Ini bagi
memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada
apa-apa
berlaku. Aku
ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak
berkurangan
sedikit dari
tadi.Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan
cuaca
yang sejuk. Dia
menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk.
"Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan
badannya ke
atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."
"Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana
tak rasa
susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini.
Sepatutnya
hari
pertama begini, abang kena membahagiakan sayang.
Tapi abang
minta maaf
sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa
bersedia
berkhidmat untuk
abang tanpa sedikit pun rasa susah." Pujukku
walaupun
sebenarnya hatiku
memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang
dan cintakan
saying.
Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung
suamiku tanpa

menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda
kesedihan. Entah
darimana ia
berputik."Abang minta maaf atas segalanya. Sayang
maafkan
abang yea!"
"Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya
perlahan.
"Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk
menyelimutinya.
Aku menciumi
dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya
terkumat
kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya
kelihatan
tenang
dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat
wajahnya
yang memberikan
ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih
dihiasi dengan
kumis dan
jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan
berharap agar
kurniaan
Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir
hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup,
mati,
rezeki, baik
dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan
Tuhan semenjak
ia berada
dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai
seorang hamba
yang lemah
terpaksa menerima segala kehendaknya dengan
redha dan tenang.
Siapa tahu,
rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku
bersama
suamiku yang
baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika
sahaja,
namun dia
telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku
belum sempat
untuk
menjalankan tugasan sebagai isteri dengan
sepenuhnya. Apalagi
yang dapat
aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan,
berkali-kali aku cuba
memanggil namanya. Namun dia masih tak
menjawab. Aku
menggoncang
tubuhnya,tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh
tangannya,
sejuk. Aku memeriksa
nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku
terus je
mengalir tanpa
dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang
suami. Aku
tersedu-sedu
sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk
melihat apa
yang berlaku
setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku
itu. Tapi
rupanya
hanyalah jasad yang terbujur kaku.
"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi
pusaka
tinggalannya
buat Ana." Pujuk emak.Aku hanya mampu tersenyum
dengan pujukan
emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki
yang
sedang nyenyak tidur disebelahku.
Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah
membuahkan
hasil. Walaupun hanya
pertama,tapi itulah panglima yang menang dalam
pertarungan
bagi menduduki
rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah
menjengok
dunia ini. Satu-satunya
pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah
rumah yang
telah diwasiatkan
oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan
yang soleh. Ya
Allah,
rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama
bapanya yang
sentiasa taat
kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan
dalam
menegakkan
agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang
membahagiakan aku
dan
seluruh keluargaku.
Amin.....

moral : hargai dan bersyukurlah atas apa yang kita
miliki hari ini

0 comments:

Post a Comment